Skip to main content

ON-THE JOB TRAINING

 ‘On-the Job Training’ (OJT) adalah satu syarat wajib bagi pelajar program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) di semua Kolej Vokasional, ILKA ILKS dan IPTA yang melaksanakan program tersebut. Bertujuan untuk mendedahkan bakal graduan kepada situasi pekerjaan sebenar serta meningkatkan tahap mampu kerja. OJT diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang sedia ada di samping memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman di dunia pekerjaan sebenar supaya dapat mempertingkatkan kebolehpekerjaannya.


Skop OJT 

 

Setiap program harus merangka skop latihan berpandukan kepada kurikulum program akademik dan vokasional untuk memudahkan industri/organisasi luar merangka rancangan latihan pelajar.

Objektif OJT


Selepas melengkapkan OJT, pelajar harusnya mampu:

(a) Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
(b) Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
(c) Mengamalkan kerja berpasukan.
(d) Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi. 
(e) Menerangkan tugas-tugas yang diberikan dalam tempoh OJT mengikut format yang ditetapkan.

Sumber : Buku Panduan On Job Trainning, 2014, Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Prosedur serta borang-borang berkaitan dengan On-the Job Training pelajar

Di sini disertakan link untuk borang-borang berkaitan dengan OJT pelajar bermula dengan Borang KVTOJT/01 hingga KVOJT/14. Untuk makluman, borang-borang tersebut bermula dengan borang KVOJT/01 iaitu borang yang berkaitan dengan biodata serta maklumat lengkap pelajar yang akan menjalani OJT. Borang ini perlu dilengkapkan oleh pelajar yang akan menjalani OJT. Di bawah merupakan link untuk anda memuat turun borang tersebut. KVOJT/01 :  https://drive.google.com/open?id=0B7EN4YYWIOrfNi05Zk1kRGNwR1U Borang seterusnya adalah borang KVOJT/02 di mana borang ini merupakan Borang Pendaftaran OJT. Borang ini juga perlu diisi oleh pelajar dan perlu ditandatangani oleh Pengarah Kolej. Di bawah merupakan link untuk anda memuat turun borang tersebut. KVOJT/02 : https://drive.google.com/open?id=0B7EN4YYWIOrfbEdvaGMwLV9XeVk Borang KVOJT/03 merupakan borang permohonan pelajar kepada syarikat atau organisasi yang berkaitan untuk penempatan OJT. Borang ini perlu disertakan dengan bo...