Skip to main content

Prosedur serta borang-borang berkaitan dengan On-the Job Training pelajar


Di sini disertakan link untuk borang-borang berkaitan dengan OJT pelajar bermula dengan Borang KVTOJT/01 hingga KVOJT/14. Untuk makluman, borang-borang tersebut bermula dengan borang KVOJT/01 iaitu borang yang berkaitan dengan biodata serta maklumat lengkap pelajar yang akan menjalani OJT. Borang ini perlu dilengkapkan oleh pelajar yang akan menjalani OJT. Di bawah merupakan link untuk anda memuat turun borang tersebut.


Borang seterusnya adalah borang KVOJT/02 di mana borang ini merupakan Borang Pendaftaran OJT. Borang ini juga perlu diisi oleh pelajar dan perlu ditandatangani oleh Pengarah Kolej. Di bawah merupakan link untuk anda memuat turun borang tersebut.


Borang KVOJT/03 merupakan borang permohonan pelajar kepada syarikat atau organisasi yang berkaitan untuk penempatan OJT. Borang ini perlu disertakan dengan borang KVTOJT/04 iaitu borang maklum balas syarikat kepada pihak kolej berkenaan penempatan pelajar di organisasi atau syarikat. Borang KVOJT/03 dan KVOJT/04 ini perlu diisi dan dihantar oleh pelajar kepada syarikat atau orgnisasi yang  mereka akan menjalani OJT. Di bawah merupakan link untuk anda memuat turun borang tersebut.



Seterusnya, pelajar juga perlu mengisi borang KVOJT/05 iaitu Borang Aku Janji pelajar yang akan menjalani OJT. Borang ini perlu ditandatangani oleh pelajar dan saksi. Saksi adalah terdiri dalam kalangan Pegawai OJT UPLI yang telah dilantik di peringkat program masing-masing. Di bawah merupakan link untuk anda memuat turun borang tersebut.


Pelajar dan ibu bapa/penjaga/waris perlu mengisi borang KVOJT/06 iaitu Borang Akuan Lepas Tanggung Pelajar. Borang ini perlu dilengkapkan oleh pelajar serta mesti ditandatangani oleh pelajar dan ibubapa/penjaga/waris. Di bawah merupakan link untuk anda memuat turun borang tersebut.


Borang KVOJT/01, KVOJT/02, KVOJT/05 dan KVOJT/06 yang lengkap perlu di hantar oleh pelajar kepada Penyelia UPLI yang telah di lantik di unit masing-masing untuk tujuan simpanan dalam file pelajar.

Setelah pelajar diterima untuk menjalankan OJT di syarikat atau organisasi, penyelia UPLI peringkat program masing-masing perlu mengeluarkan Surat Pengesahan Penempatan OJT pelajar. Surat ini perlu ditandatangani oleh Pengarah Kolej Vokasional Langkawi dan perlu dihantar kepada syarikat atau organisasi yang menerima pelajar untuk OJT samada melalui pos, faks atau emel syarikat/organisasi tersebut. Di bawah merupakan link untuk anda memuat turun borang tersebut.

Surat Pengesahan Penempatan OJT:

 

Penyeliaan OJT di Syarikat atau Organisasi


Apabila pelajar mula menjalani OJT di syarikat atau organisasi, syarikat atau pelajar perlu menghantar borang KVOJT/07 dan KVOJT/08 kepada pihak Kolej Vokasional Langkawi samada melalui pos, faks atau emel (upli.kovla@gmail.com) bertujuan memaklumkan kepada pihak kolej bahawa pelajar telah melapor diri di syarikat atau organisasi. Di bawah merupakan link untuk anda memuat turun borang tersebut.



Pensyarah yang dilantik untuk menyelia pelajar di syarikat dan organisasi perlu memastikan 4 borang perlu dilengkapkan semasa menjlankan penyeliaan iaitu:

KVOJT/09 : Borang Maklum Balas Penyeliaan OJT yang perlu diisi oleh Syarikat atau Organisasi
Link untuk memuat turun borang : 

KVOJT/10 : Borang Maklum Balas Penyeliaan OJT yang perlu diisi oleh Pelajar
Link untuk memuat turun borang :

KVOJT/11 : Borang Maklum Balas Penyeliaan OJT yang perlu diisi oleh Pensyarah Penyelia yang menyelia tempat OJT
Link untuk memuat turun borang :

KVOJT/13 : Borang Penilaian Prestasi OJT yang perlu diisi oleh syarikat atau organisasi
Link untuk memuat turun borang :

Perhatian : 

1. Jika pelajar bermasalah, Pensyarah perlu mengisi borang KVOJT/12 iaitu Borang Tindakan Segera.  Di bawah merupakan link untuk anda memuat turun borang tersebut.


2. Semasa pemantauan OJT, Pensyarah perlu memeriksa Buku Log Pelajar yang telah diedarkan kepada setiap pelajar.

Selepas Tamat OJT di Syarikat atau Organisasi


Pensyarah yang dilantik akan menilai Buku Log, Buku Laporan Akhir OJT dan Sesi Pembentangan OJT dengan mengisi Borang KVOJT/14 iaitu Borang Penilaian OJT. Di bawah merupakan link untuk anda memuat turun borang tersebut.




Comments